DUA 6022 - KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
Di-sediakan oleh :-
- Omar Bin Mohd Zuhdy (02DKM14F1060)
- Muhammad Izzat Syahmi Bin Rozman (02DKM14F1191)
- Muhammad Faiz Izuddin bin Yussri (02DKM14F1015)
- Muhammad Ermie Shafiq bin Nasrul (02DKM14F1064)
- Mohammad Isyraf Bin Mohd Zaide (02DKM14F1124)
Perayaan-perayaan
agama di malaysia mampu mewujudkan semangat perpaduan di kalangan kaum di
malaysia . Bincangkan peranan anda sebagi graduan/mahasiswa politeknik.
Assalamualaikum
w.t.b,
Selamat
sejahtera,
Ni
How Ma,
Vanikam,
Di negara Malaysia , terdapat
pelbagai jenis perayaan disambut pada sepanjang tahun kerana kepelbagaian kaum
dan agama yang terdapat di negara ini. Antaranya ialah Hari raya Aidilfitri,
Tahun Baru Cina , Deepavali dan lain-lain lagi.
HARI RAYA AIDILFITRI
Hari Raya merupakan perayaan masyarakat Melayu dan penganut
agama Islam. Sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula dengan ibadat puasa di bulan
Ramadan. Sepanjang bulan Ramadan umat islam berpuasa pada siang hari dan
mengerjakan sembahyang terawih pada sebelah malamnya. Zakat fitrah wajib
dikeluarkan sebelum 1 syawal di mana Hari Raya Aidilfitri dirayakan. Hari Raya
disambut dengan penuh kesyukuran. Umat Islam saling bermaaf-maafan dan kunjung
mengunjungi untuk mengeratkan silaturahim. Rumah terbuka akan diadakan bagi
menyambut kedatangan para tetamu dan sanak saudara, dan terdapat pelbagai
juadah-juadah yang di sediakan untuk para tertamu.
TAHUN BARU CINA
Perayaan ini disambut secara besar-besaran oleh masyarakat
Cina di Malaysia yang menandakan kedatangan tahun baru menurut kalendar mereka.
Orang Cina percaya ada 12 binatang yang menaungi kalendar mereka iaitu tikus ,
lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing
dan babi. Setiap binatang ini memberi signifikan dan tuahnya tersendiri.
Pada malam Tahun Baru semua ahli keluarga berkumpul
beramai-ramai untuk makan bersama.Tujuannya adalah untuk mengeratkan jalinan
hubungan sesama keluarga. Ahli kelurga yang telah berumahtangga akan memberi
'Angpau' kepada saudara mara dan sahabat yang belum berumahtangga. 'Angpau'
membawa pengertian kesejahteraan yang berpanjangan, ianya sejenis sampul
berwarna merah dan diisi dengan sejumlah wang. Buah limau mandarin dan kuih
bakul merupakan kemestian yang perlu ada semasa merayakan Tahun Baru Cina.
Sepanjang Tahun Baru Cina berlangsung, tarian singa dimainkan
dari rumah ke rumah dan kedai-kedai untuk memberi berkat kepada mereka yang
meraikan perayaan tersebut. Penutup kepada perayaan Tahun baru Cina ialah
perayaan Chap Goh Meh.
DEEPAVALI
Perayaan ini disambut
oleh masyarakat Hindu. Ianya dirayakan pada bulan gelap bernama 'Aippasi’ pada
bulan Oktober dan November. Deepavali bermaksud ‘sebarisan pelita’. Dengan
memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan
mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi
kejahilan. Di pagi hari, masyarakat Hindu akan menyucikan tubuh badan dengan
memakai sedikit minyak di kepala dan mandi. Kemudian mereka bersembahyang di
rumah atau dikuil-kuil.
Selepas bersembahyang, mereka berkunjung ke rumah kaum keluarga.Kebiasannya, surirumah akan menyediakan kotak-kotak kecil berisi manisan dan membawa bersama apabila berkunjung ke rumah saudara-mara mereka. Di kebanyakan rumah, ‘Rangoli’ iaitu lukisan yang dibuat daripada tepung beras berwarna-warni akan menyambut tetamu di hadapan rumah.
Selepas bersembahyang, mereka berkunjung ke rumah kaum keluarga.Kebiasannya, surirumah akan menyediakan kotak-kotak kecil berisi manisan dan membawa bersama apabila berkunjung ke rumah saudara-mara mereka. Di kebanyakan rumah, ‘Rangoli’ iaitu lukisan yang dibuat daripada tepung beras berwarna-warni akan menyambut tetamu di hadapan rumah.
ISI
Sesunguhnya
mahasiswa merupakan generasi yang akan menyambung tali kepimpinan negara pada
masa akan datang dan mahasiawa juga adalah perjuang untuk maruah bangsa dan
agama bagi negara Malaysia. Kejatuhan sesebuah negara pada masa akan datang
bukan dilihat atau dinilai pada kempimpinan yang sebelum-nya tetapi kejatuhan
negara pada masa akan datang diukur oleh tahap pembawakan kempimpinan pada masa
tersebut oleh itu perlapis bagi permimpin-permimpin negara untuk masa akan
datang boleh dilihat dan diukur melalui tahap permikiran dan pembawakan
mahasiswa-mahasiswa yang ada pada masa kini.
SO...!!!!
mahasiswa perlu bangkit dan mahasiswa perlu mengubah mind-set atau cara
berfikir untuk mengatasi pelbagai masalahat dan menyusun strategi bagi
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar pada masa kini iaitu
kemerosotan minat pelajar untuk belajar, kemerosotan akhlak, dan masalah yang
sehubugan dengan mahasiswa itu sendiri. Mahasiswa seharus-nya menerapkan
nilai-nilai murni dan menunjukkan akhlak yang baik tidak kira situasi,tempat
dan masa. Sikap-sikap yang positif dapat menmcerminkan dan dapat mengangkat
martabat dan maruah bangsa. Sesunguhnya nilai pernerapan oleh mahasiswa bagi
menghormati antara etnik yang ada di malaysia juga dapat menunjugkan nilai
kematangan pemikiran dan semangat perpaduan yang ada dalam diri setiap
mahasiswa itu sendiri.
1.
Graduan
hendak-lah menghormati budaya dan setiap perayaan etnik yang lain
mahasiswa
merupakan salah satu permata yang berharga buat negara kerana mereka adalah
penyambung dan perjuang negara untuk masa hadapan. Sifat dan sikap hormat
menghormati perlu-lah dipupuk dan disemai di dalam diri setiap mahasiswa tidak
kira melayu,cina,india,kahdazan, atau lain-lain kerana dengan sifat dan sikap
ini kita dapat menglahirkan semangat perpaduan kaum antara setiap etnik yang
ada di-malaysia. Sehubugan dengan itu, dengan lahir-nya sifat dan sikap ini di
dalam diri mahasiswa dapat menunjukan dan dapat kita lihat akan kematangan
dalam berfikir mahasiswa-mahasiswa kerana hanya dengan perpaduan yang utuh
dapat memajukan dan meningkatkan martabat negara atau bumi MALAYSIA ini.
2.
Graduan
mestilah sanggup untuk menerima dan mengamalkan budaya yang sesuai
Misalnya
daripada perayaan, rakyat Malaysia meraikan pelbagai perayaan yang tersendiri.
Untuk merasai kemeriahan-nya, graduan mestilah turut merayakan
perayaan-perayaan yang disambut oleh rakan mereka dengan hati yang ikhlas, bak
kata perpatah masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang kambing mengembek.
Jelaslah asimilasi budaya dapat mewujudkan semangat perpaduan yang ampuh dalam
kalangan remaja atau lebih tepat lagi mahasiswa di negara Malaysia ini.
3.
Graduan
hendak-lah mengelakkan diri daripada sifat mementingkan dan sikap etnosentrisme
Sikap
etnosentrisme ialah sikap yang mementingkan kelompak etnik sendiri. Sikap
seperti ini akan menjejaskan hubugan dengan kaum lain di negara ini. Graduan
perlu menghayati dan mengamalkan Gagasan 1 Malaysia yang menekankan aspek
perpaduan secara tuntas kearah pembentukan sebuah negara progresif. Graduan
perlu menrima segala perbezaan yang wujud antara kaum dinegara ini dengan hati
yang terbuka. Contohnya, graduan tidak harus menyentuh isu sensitif seperti hak
istemewa sesuatu kaum yang sudah termaktub dalam perlembagaan. Mereka hendaklah
mengamalkan sikap di mana bumi dipijak , disitu langit dijunjung. Jika semangat
ini dapat diamalkan oleh setiap graduan, nescaya negara kita akan terhindar
daripada sebarang malapetaka akibat perpaduan yang rapuh.
4.
Graduan
mestilah menghayati dan mengambil iktibar daripada sejarah negara
Hal
ini demikian kerana banyak peristiwa yang berlaku dalam sejarah tanah air dapat
dijadikan iktibar supaya sesuatu yang buruk dapat hindarkan . Sebagai contoh.
Tragedi 13 mei 1969 merupakan satu detik hitam dalam sejarah yang berlaku
akibat semangat perpaduan yang rapuh dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum .
Ahli falsafah George Santayana mengatakan orang yang melupai sejarah akan
melakukan kesilapan yang sama . Oleh itu graduan hari ini mestilah diterapkan
dengan pengetahuan sejarah secara lebih serius . Dengan mempelajari, memahami,
menghayati, dan mengambil iktibar daripada sejarah, maka mereka akan menjadi
warganegara yang lebih bertanggungjawab,rasional, dan berhemah tinggi dalam
kehidupan di dalam sebuah negara majmuk seperti malaysia . Jadi, gradua
mestilah mengambil iktibar daripada sejarah sebagai pemangkin semangat perpadua
yang jitu.
5.
Graduan
perlu menyemai sikap toleransi dalam menyambut setiap perayaan kaum yang ada di
Malaysia ini.
Sikap
toleransi atau bertolak ansur mampu mewujudkan perpaduan dalam rakyat Malaysia.
Jika kita lihat pada masa kini, isu racist
atau perkauman kerap ditimbulkan di laman media sosial, institusi pengajian
tinggi dan sebagainya. Kita janganlah melihat perayaan kaum lain sebagai satu
perkara yang pelik, kerana meraka merayakan perayaan tersebut mengikut agama
yang mereka anuti. Kita sebagai umat islam yang merupakan agama rasmi negara
seharusnya berfikiran luas dan berpandangan jauh, jangan mudah melabel sesuatu
kaum dengan perkara-perkara yang negatif. Kaum lain selain melayu juga turut
memandang perayaan kita adalah suatu yang pelik. Maka kita sebagai mahasiswa
perlu memandang serius isu ini, dimana kita perlu menyemai sikap toleransi
dalam diri kita serta masyarakat sekeliling bagi mengelakkan berlaku salah
faham dan isu perkauman. Kita perlu tahu kenapa dan apa yang berlaku dalam
perayaan mereka supaya tidak berlaku salah anggap. Dalam islam juga dituntut
untuk tidak memandang rendah golongan yang lain.
6.
Graduan
haruslah bersifat terbuka untuk menyemaikan perpaduan kaum
Sikap
berfikiran terbuka ini amat penting kepada seorang graduan kerana ia dapat
sedikit sebanyak menolong seorang graduan itu tidak hanya berfikir kepada satu
kaum sahaja malah haruslah memikirkan semua kaum untuk mewujudkan perpaduan dalam sesebuah masyarakat . Graduan
mestilah menyediakan diri dengan semaksimum yang mungkin untuk membentuk
keperibadian dan tingkah laku yang berwawasan untuk merancang segenap aktiviti
umtuk merealisasikan misi yang telah dibuat iaitu mengeratkan lagi perpaduam
kaum itu sendiri dalam masyarakat . Hal ini kerana agar graduan yang lahir akan
menjadi cermin ke arah masyarakat yang terbilang . selain itu , graduan
haruslah bersifat terbuka jika menjadi seorang pemimpin dalam sesebuah
masyarakat dan juga dapat menjadi pemimbing kepada masyarakat . Akhir sekali ,
graduan yang bijak ialah graduan yang bersifat terbuka . Jangan lah kita
sebagai graduan digelar “katak di bawah tempurung” dek kerana sikap kita yang
kurang profesional dan jadilah graduan yang berjasa kepada agama , kaum , dan
masyarakat.
Kesimpulan
Mahasiswa
seharusnya bersifat bertangungjawab untuk memainkan peranan penting ke arah
pemupukan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat khususnya generasi muda.
Semua pihak hendaklah bersatu padu umpama aur dengan tebing untuk
merealisasikan wawasan gan gagasan besar negara. Mahasiswa tidak sepatutnya
mengabaikan peranan mereka untuk memupuk semangat perpaduan dan seharusnya
mereka menjadi contoh yang terbaik buat masyarakat sekeliling. Semangat dan
kesungguhan mahasiswa dalam memupuk semangat perpaduan adalah dituntut demi
mewujudkan negara yang bersatu padu,aman,maju dan berdaya saing di peringkat
antarabangsa. Hal ini tidak mustahil dilaksanakan atau dilakukan kerana bak
kata perpatah dimana ada kemahuan disitu ada jalan.